WELCOME TO MY BLOG..... Assalamualaikum...

PRAKTIKUM KPLI - SR AMBILAN JANUARI 2011

Mulai 11 Julai 2011 Hingga 7 Oktober 2011 , semua pelajar KPLI - SR ambilan Januari 2011 akan menjalani latihan praktikal di sekolah masing-masing.

Saya pun tidak terkecuali , huhu ~

Butir - butir sekolah adalah seperti di bawah :

Nama sekolah : SK Petra Jaya , Kuching

Subjek Major : Bahasa Inggeris

Subjek Minor : Matematik

All the best yo!




Saturday, February 12, 2011

Rezeki Dari Allah S.W.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

As'salam...

Salam Sejahtera, Salam Ukhwah...

Salam 1 Malaysia

Saudara dan Saudari , rakan-rakan seperjuangan sekalian , nota sy pd hr ini adalah tntg sesuatu perkara yg berkaitan dgn catatan sy yg sebelumnya , khusus utk anda yg sdg mengejar matlamat dan cita-cita nan satu..

Begini...

saya rasa betapa bertuahnya saya sebagai seorang manusia yg diberikan peluang untuk memenuhi azam dan impian hidup saya selama ini. Apa yg saya impikan telah menjadi kenyataan dan benarlah Rezeki Allah S.W.T itu sgt bermakna dan kita harus menghargainya..

Apa rezeki yg saya dpt??

Sbnrnya sy dpt meneruskan minat saya yang mendalam dlm bidang pendidikan dengan peluang yang diberikan oleh KPM utk mengikuti kursus perguruan. Syukur PadaNya..

Bukanla niat utk membangga diri atau menunjuk2 , Mgkin ade yg ckp " alahai baru je dpt Kursus perguruan dah nk kerek ....... " ( kerek bhs org Johor = mksud bongkak - ) ataupun " ek elehh nk menunjuk-nunjuk la tu , tolonglaaa ... "

...Bkn menunjuk bkn membongkak , sesungguhnya sy sgt2 bersyukur dan tangis Syukur sy Padamu Ya Allah... Apa yg ingin sy kongsi di sini adalah bagaimana mekanisma yg [ saya lalui dan perlu anda janafikirkan utk menggapai cita-cita dan peluang yg sy ada skrg dan ia bukanlah sesuatu yg mudah.. Apa yg saya mahu jelaskan di sini adalah segala-galanya bermula apabila usaha dan segala usaha telah kita lakukan dan selebihnya kita perlu mencari dan menerokai dgn lebih dalam lg tntg apa sbnrnya yg kita impikan itu, sy tidak berckp tntg diri sy , ttp sy ingin menyatakan pendapat UMUM bhw sesungguhnya kejayaan itu adalah sesuatu yg perlu kita usahakan , terokai dan kita msti selalu memohon petunjuk serta hidayah drpd ALLAH S.W.T.

Rakan-rakan sekalian ,

Apabila kita mempunyai azam yang tinggi utk mencapai sesuatu , lakukanlah dengan sepenuh hati ... Berusahalah dgn seikhlas nurani ... Gapailah ia dengan semangat juang yg tinggi ... Yakinlah bahawa sesuatu yang kita mahu itu pasti ada caranya dan jgn sesekali berundur diri kerana merasakan diri ini lemah.

Selamat Berjuang ...