WELCOME TO MY BLOG..... Assalamualaikum...

PRAKTIKUM KPLI - SR AMBILAN JANUARI 2011

Mulai 11 Julai 2011 Hingga 7 Oktober 2011 , semua pelajar KPLI - SR ambilan Januari 2011 akan menjalani latihan praktikal di sekolah masing-masing.

Saya pun tidak terkecuali , huhu ~

Butir - butir sekolah adalah seperti di bawah :

Nama sekolah : SK Petra Jaya , Kuching

Subjek Major : Bahasa Inggeris

Subjek Minor : Matematik

All the best yo!




Tuesday, November 6, 2012

KALENDAR PERMOHONAN DPLI JQAF AMBILAN JANUARI 2013

Hope you all boleh guna untuk semakan sendiri .......

( especially to my abg kandung , Shahril yg ada apply jugak  for this batch )


BERITA PERMOHONAN DPLI JQAF AMBILAN JANUARI 2013


DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)
AMBILAN TAHUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
4.1 Warganegara Malaysia.
4.2 Sihat fizikal dan mental.
4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

5. KEUTAMAAN
5.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.3 Calon yang diisytihar bankrap.
6.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
6.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
8.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM

10. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045

APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE DPLI-SR j-Qaf
http://apps1.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/index.cfm

Dimana kan ku cari ganti???????

As'salam ...


Salam  Satu  Malaysia........

Hari ni sy rasa mcm nk menjerit je n bersyukur sgt-sgt coz sy da dpt balik password blog sy ni... hahahha..

Alkisah ..........

You all taw x knp sy menyepikan diri ?? Yg sbnrnya , akibat kealpaan sy or ke'nyanyuk'an  sy itu la menyebabkan belog sy ni mcm idup segan mati xmau ... aishhhhhhhh .. buat malu org kampung je kalau ckp yg sy bole lupe password email.... huhu..... sorry ye kengkawan... sumtime people  do a small mistake , hahaha ( aku hanyalah manusia yg kerdil )

Sy windu sgt2 nk omong-omong dlm ini belog... mcm2 hal / sensasi/ terkini / dah basi - sy tetap jugak nk share sama kamoo......

and paling best skali ........
I AM A TEACHER NOW , pejam celik ,celik pejam ,  bukak mata , mata tutup ........ da hampir 11bulan ( What ??? Da nak setahun da bergelar Guru ) WOOWWWWW .... WhAt A mIrAcLeS!!

1.bile masa sy posting ?
2.sy dpt ajar sekolah mana?
3.dpt balik JB or dok ngaja kt SRWK lg ?
4.Ajar apa ? subjek apa?
Da khawin belum?  

Aissshhhhhhhhhhyyyyyyyyy......

Ok la Guys , u all xpyh tanya byk2 soklan lg.... Today, bcoz i'm too excited, so i janji i xkan hilangkan password i lg .. hahahaha  =)

Saturday, January 7, 2012

Link utk temuduga KPLI J-QAF Ambilan Januari 2012

Salam 1 Malaysia

Pemberitahuan kepada sesiapa yang menunggu panggilan temuduga kali kedua untuk pemohon KPLI J-QAF anda boleh menyemak keputusan samada berjaya dipanggil temuduga atau tidak.

http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/

Semoga berjaya!!

Sunday, December 18, 2011

December ohh December!!!

Assalam...

Hye u'olls ... my frens sekalian.. how are you?? sy doakan anda semua sihat sejahtera!!

Agak lama juga sy tidak bermadah di belog ni, so kali nie sy rase mcm nk tulis sesuatu la..

Hmmmmmm....

Sempena bulan Disember yg sedang kita lalui skrg ni , kita menghadapi pelbagai perkara antaranya seperti :

1. Cuti akhir tahun sekolah dan Holiday planning

2. Undangan majlis perkahwinan sdara mara / kwn2/ jiran

3. Banjir ( O.M.G. )

4. Harga barang naik coz musim orang buat kenduri kahwin

5. Parents sebok beli baju sekolah , shopping keperluan ank2

6. Orang2 yg bekerja yg dpt bonus akhir thn pon shopping sakan

7. Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)


8. Dan mcm2 lagila ...

Pepatah Melayu berbunyi " sediakan payung sebelum hujan ... "

walaupun bait2 empat patah perkataan di atas hanyalah sekadar ayat yang tidak bernyawa , namun ianya mempunyai maksud yg tersirat .. renung2kan n slamat berfikir .. hahahahahaa...

Sunday, October 9, 2011

Perjuangan baru bermula....

Assalam...

sahabat-sahabat yang setia bersama belog sy , terima kasih sy ucapkan..
pertama skali..

1.Syukur kehadrat Ilahi dengan izin Allah Taala , saya telah berjaya menamatkan tempoh latihan praktikum mengajar di sekolah selama 3bulan...

2.Alhamdulillah syukur

3.Alhamdulillah syukur

4.Alhamdulillah syukur

5.Denga izin Allah juga, saya telah belajar perbagai perkara dan menimba pengalaman yang x mungkin saya dapat jika saya tidak bergelar seorang bakal GURU

6.Saya juga mungkin tidak akan jumpa perbagai bentuk ragam manusia , bekerja dengan beratus-ratus anak-anak bangsa pewaris masa hadapan negara.

7.Dan paling bermakna dalam diri saya adalah apabila saya dapat mencurahkan ilmu walaupun tidak sehebat mana tetapi saya cuba memberikan nikmat ilmu yang sesungguhnya saya benar-benar ikhlas utk memberikan kepada anak murid saya semua.

Ini semua adalah perkara yang amat berharga dan paling manis dalam diri saya.


Walaupun berakhirnya praktikum di SK Petra Jaya , namun perjalanan hidup saya baru bermula , perjuangan saya akan saya teruskan di sekolah baru nanti apabila saya da taw tpt posting yg sebenar kelak. InsyaAllah...